Friday, April 15, 2011

Tugasan ketiga

Pendapat mengenai Pengantar Penulisan SBLM 1023

Pertama kalinya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Nasrol , kerana telah memberikan banyak informasi yang berguna kepada kami sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Alhamdulillah di atas segala tunjuk ajar daripada pensyarah subjek ini , saya telah berjaya memahami subjek Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Pengantar Penulisan bukan sahaja memberi pemahaman tentang kosa kata , malah menekan aspek-aspek lain yang sering dipandang remeh oleh penulis. Melalui kaedah pengajaran yang secara bersahaja dan santai , para pelajar lebih mudah berinteraksi dengan pensyarah mengenai sesuatu topik penting . Oleh itu , melalui kaedah ini juga pelajar dapat mewujudkan suasana yang lebih kondusif bersama pensyarah semasa sesi P&P berlangsung. Bak kata pepatah lama " tak kenal maka tak cinta" begitulah sinonimnya pepatah ini dengan diri saya. Seawal penglibatan saya dengan subjek ini , saya agak kurang berminat di samping lemah dalam penggunaan Bahasa Melayu. Namun setelah diberi tunjuk ajar oleh pihak En. Nasrol , saya telah berjaya menguasai sedikit sebanyak subjek ini.

Selain daripada itu , saya juga amat tertarik kaedah pendekatan subjek ini. Pelbagai tugasan yang diberikan membuat subjek ini tidak pernah menjemukan. Tugasan dalam blog , penulisan karangan serta revisi di dalam kelas ternyata sangat menghiburkan. Oleh itu , subjek ini menjadi salah satu daripada subjek kegemaran saya . Saya berharap kaedah pengajaran yang baru dapat diperhebatkan agar penggunaan Bahasa Melayu akan semakin meluas pada masa hadapan.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sila beri pendapat anda :