Friday, February 25, 2011

Tugasan Pertama





Contoh kesalahan bahasa


1. Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?


Dewasa ini, penggunaan bahasa yang baik dalam bidang penulisan amat kurang sekali. Hal ini bukanlah disebabkan oleh tahap ilmu seseorang itu, namun kecetekkan ilmu bahasa seringkali mengekang seseorang dari menulis dengan baik.Bahasa Melayu merupakan bahasa yang diibaratkan "tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan".Indahnya bahasa penulisan seseorang seringkali dikaitkan dengan kesinambungan tatabahasa yang teratur serta teknik penulisan yang sesuai.Oleh itu, terdapat beberapa kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis.

Antaranya kepentingan-kepentingan memahami peraturan bahasa ialah, mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dapat dilontarkan dengan jelas kepada pembaca.Ini kerana, apabila penulis bijak mengolah sesuatu penulisan dengan penggunaan tatabahasa yang betul mengikut nahu-nahu tertentu, mesej yang ingin disampaikan oleh penulis akan dapat disampaikan kepada pembaca dengan mudah dan lebih berkesan.

Selain itu, sesuatu penulisan akan dapat difahami oleh semua golongan. Bahasa merupakan jiwa bangsa.Gaya penulisan yang indah, menarik serta mudah difahami terbukti dapat menarik minat pembaca untuk membaca suatu hasil penulisan. Ini kerana, pembaca selalunya memilih untuk membaca sesuatu karya yang tidak sarat serta penuh dengan maklumat.

Malah, pemahaman dalam bahasa dapat memberi gambaran tahap pendidikan seseorang penulis. Corak penulisan yang kreatif, serta "verstail" menunjukkan seseorang penulisan tersebut mempunyai tahap pendidikan yang tinggi serta berilmu pengetahuan.Pembaca dapat menilai sesuatu penulisan berdasarkan penggunaan bahasa tertentu dalam sesuatu hasil penulisan.

Yang terakhirnya , dapat meningkatkan keyakinan pembaca terhadap sesuatu hasil penulisan.Berikutan modenisasi, para pembaca kian bijak memilih sesuatu jurnal atau bentuk-bentuk bahan baca yang tertentu untuk dibaca.Oleh itu, penggunaan bahasa yang indah serta menarik menjadi pilihan para pembaca serta menambah keyakinan pembaca untuk meneliti suatu bahan bacaan.

Kesimpulannya, penguasaan bahasa yang baik dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada para penulis.Hal ini, dapat membuka lebih banyak peluang kepada pembaca-pembaca bagi mendapatkan bahan bacaan yang lebih menarik serta kreatif.persaingan yang sihat antara penulisan dapat diwujudkan bagi memenuhi kehendak para pembaca di luar sana.


2. Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Menongkah arus masa yang kian mencabar, seringkali kita disajikan dengan pelbagai jenis bahan bahasa yang baru hari demi hari. Namun bagi memelihara martabat bahasa , ibarat pepatah "bahasa jiwa bangsa" kita haruslah bekerjasama bagi menaikkan martabat bahasa di mata dunia.Walaupun kita disajikan dengan bermacam-macam ragam serta corak tulisan yang lebih kreatif, kita haruslah tidak leka dalam menekankan peraturan bahasa dalam penulisan.Peraturan bahasa yang diaplikasikan dalam penulisan terkini adalah tidak salah, malah dapat mewujudkan corak penulisan yang lebih menarik yang menjadi pilihan para pembaca.Walaupun genre penulisan baru yang seperti yang kita tekankan ialah wujudnya blog , adalah tidak menjadi kesalahan kepada para penulis untuk menggunakan bahasa yang teratur serta beretika dalam setiap hasil karya. ciri-ciri penulisan yang bijak serta indah bukan sahaja dapat menarik para pembaca malah memberi keyakinan kepada penulis untuk terus berkarya.


3. Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?


Secara umumnya, kita acap kali disajikan dengan pelbagai bahan bacaan yang berunsurkan hiburan melebihi bahan bacaan ilmiah.Namun, perkara yang menggusarkan ialah, penerapan nahu bahasa yang salah serta gaya tatabahasa yang tidak teratur atau lebih dikenali sebagai "bahasa pasar" menjadi pilihan para penuli. Adalah diakui bahan serta karya penulisan kini kurang menitikberatkan peraturan berbahasa, namun hanya segelintir sahaja penulis yang masih setia menggarap karya yang indah serta mematuhi peraturan berbahasa.Bukan sahaja para penulis blog, namun majalah-majalah hiburan turut melakukan kesalahan yang sama.Oleh itu, adalah sukar bagi kita untuk memartabatkan penggunaan bahasa jikalau hal ini terus berleluasa.

No comments:

Post a Comment

Sila beri pendapat anda :